-
25 Ogos 2008
Salam Perkenalan Para Blogger
Hari ini satu tarikh keramat bagi saya kerana telah terjun ke dunia baru iaitu blog. Hari ini juga saya menyandang gelaran blogger. Sememangnya blog merupakan antara perkara yang mula mendapat tempat di hati semua terutamanya bagi golongan remaja. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa blog yang ditulis oleh golongan lebih 'matang' yang telah mendapat sambutan hangat daripada semua blogger. Sudah pastinya olahan dan kandungan catatan memainkan peranan yang penting dalam menarik pembaca untuk 'singgah' ke blog terbabit. Bagi saya cabaran terbesar selepas ini ialah bagi memastikan blog saya ini sentiasa dikemaskini sedia untuk tatapan semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan