27 Ogos 2008

Hari Kemerdekaan

Hari kemerdekaan atau lebih sinonim dengan sebutan 'Merdeka' akan disambut setiap tahun. Bagi negara kita tarikh 31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat yang akan kekal dalam lipatan sejarah negara ini apabila secara rasminya berakhirlah era pemerintahan penjajah di negara ini.

Masyarakat kita akan mengibarkan jalur gemilang samada di rumah, pejabat malahan di kenderaan masing-masing sebagai simboliknya menyambut hari kebesaran ini. Biasanya pada malam diambang merdeka kita akan disajikan dengan konsert-konsert dan pertunjukan bunga api di seluruh negara. Syarikat-syarikat korporat seperti Petronas, TM, TV3 dan banyak lagi akan berlumba-lumba mempamerkan iklan masing-masing di kaca TV atau media lain. Perdana Menteri Malaysia akan menyampaikan amanat kemerdekaan melalui media elektronik dan kita akan mendengar ucapan ini dengan rasa syukur dan bangga.

Syukur kerana negara bertuah ini masih lagi terpelihara daripada segala malapetaka, rakyat merasa selamat untuk bergerak, demokrasi masih diamalkan, hak-hak rakyat masih boleh diamalkan dan sumber bumi negara ini masih berterusan dikeluarkan. Manakala bangga kerana negara ini masih antara (mungkin satu-satunya) negara berbilang bangsa, agama, kebudayaan dan adat resam yang masih wujud di muka bumi ini.

Justeru itu, marilah kita semua menyambut hari kemerdekaan ini dengan azam yang membulat agar kesejahteraan negara dan rakyatnya akan terus dipertahankan untuk diwarisi golongan anak cucu kita pada masa hadapan.

MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA !

Tiada ulasan: