24 September 2008

Hari Raya Aidilfitri

Dalam kesibukan sehari-hari, tidak sedar masa berlalu begitu pantas hingga kini hanya tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut hari raya aidilfitri.

Sememangnya, telah menjadi resam bagi umat islam negara ini untuk menyambut dengan meriah hari kebesaran ini. Bagi yang bekerja di kota, kesempatan ini digunakan untuk pulang ke kampung bertemu ibubapa dan kaum keluarga yang setia menanti di kampung. Semestinya pelbagai 'buah tangan' akan disediakan untuk dibawa pulang daripada kuih-muih hinggalah kepada pakaian mahupun mercun untuk adik-adik (jaga-jaga).

Bagi yang beraya dibandar, kemeriahannya mungkin kurang sedikit berbanding di kampung (rasanya kot), almaklum saya ada kampung halaman (jangan mare). Tapi yang lebih perit rasanya apabila terpaksa bertugas di hari raya (kesiannya). Walaubagaimanapun, saya tabik kepada semua yang terpaksa bertugas di Hari Raya ini terutamanya kepada Polis, Tentera, Kastam, JPJ dan lain-lain.

Kaum ibu adalah yang paling sibuk apabila menjelang hari raya. Saya percaya permandangan kuih-kuih raya tersusun di meja-meja pejabat adalah permandangan biasa apabila tinggal hanya seminggu sebelum hari raya. Kalau nak harapkan kaum bapa rasanya tiadalah kuih raya, baju raya, permaidani raya, langsir raya dan banyak lagi, sebab kaum bapa (biasanya) tidak hirau sangat tentang semua itu, janji dapat makan siang, cukuplah.

Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara dekat mahupun jauh semakin kurang di praktikkan, sebaliknya kita lebih gemar hadir ke rumah-rumah terbuka yang diadakan. Golongan ibubapa perlu memainkan peranan lebih supaya aktiviti 'menjengah' ke rumah saudara mara akan membolehkan anak-anak kita kenal asal-usul dan rantaian keluarga yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim., bukankah itu antara objektif perayaan ini.

Stesen-stesen radio pada masa ini, rancak memutarkan lagu-lagu hari raya samada lagu-lagu evergreen mahupun kontemporari. Bagi saya, secara peribadi lebih sukakan lagu 'lama' yang lebih memberikan 'feel' apabila mendengarnya. Untuk lagu baru, dendangan Dato Siti Nurhaliza memang 'masuk' bagi saya (he..he..)

Dikesempatan ini, pada akhirnya saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca catatan blog ini. Semua kita semua memperoleh kebahagiaan dan berbahagia disamping keluarga dan rakan taulan di Hari Raya ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

10 September 2008

Puasa dan Produktiviti

Maaf la.. sebab lama tak menulis..beberapa ketika ini agak sibuk menyelesaikan tuntutan kerja yang bertambah. Musim bulan puasa ini.. ramai orang berkata produktiviti akan menurun ialah kerana badan letih sebab berpuasa, tekak kering sebab dahaga dan mata kutu sebab mengantuk. Ramai yang mengambil keputusan untuk bermalas-malas di pejabat dengan alasan berpuasa.

Sebenarnya ibadah puasa yang disyariatkan kepada kita amatlah ‘ringan’ cabaran yang didatangkan kepada kita jika dibandingkan pada zaman rasullullah dan sahabat yang terpaksa menghadapi peperangan pada bulan Ramadan seperti perang Badar, perang Tabuk, pembukaan kota Makkah dan peperangan di Andalusia dan banyak lagi.

Pada masa ini, kita hanya berperang dengan ‘hawa nafsu’ yang sering dapat mengalahkan kita contohnya :

1. Rambang mata di pasar Ramadan membeli segala kuih/-muih/lauk-pauk yang kesudahannya tidak dapat dimakan semuanya kerana dah kekenyangan meminum air berkole-kole

2. Galak membeli-belah untuk persiapan hari raya (terutama yang dapat bonusla) hinggakan semuanya wajib diganti baru walaupun ia masih elok dan utuh.

3. Berlumba-lumba mengadakan jamuan berbuka puasa untuk anak-anak yatim/golongan miskin dengan menayangkannya kepada semua wartawan majalah/suratkhabar untuk mendapat imej dimata masyarakat

4. Mencuba segala buffet Ramadan di semua hotel/restoran seolah-olah pengkritik makanan profesional

5. Bermain bunga api/mercun …duit tu korang bakar...kaya betul

Dan banyak lagilah..tak dapat nak senarai kat sini. Anyway, saya juga mengingatkan diri saya dan rakan-rakan semoga dapat meningkatkan amal dan produktiviti sepanjang bulan ramadhan dan seterusnya selepas itu.