24 September 2008

Hari Raya Aidilfitri

Dalam kesibukan sehari-hari, tidak sedar masa berlalu begitu pantas hingga kini hanya tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut hari raya aidilfitri.

Sememangnya, telah menjadi resam bagi umat islam negara ini untuk menyambut dengan meriah hari kebesaran ini. Bagi yang bekerja di kota, kesempatan ini digunakan untuk pulang ke kampung bertemu ibubapa dan kaum keluarga yang setia menanti di kampung. Semestinya pelbagai 'buah tangan' akan disediakan untuk dibawa pulang daripada kuih-muih hinggalah kepada pakaian mahupun mercun untuk adik-adik (jaga-jaga).

Bagi yang beraya dibandar, kemeriahannya mungkin kurang sedikit berbanding di kampung (rasanya kot), almaklum saya ada kampung halaman (jangan mare). Tapi yang lebih perit rasanya apabila terpaksa bertugas di hari raya (kesiannya). Walaubagaimanapun, saya tabik kepada semua yang terpaksa bertugas di Hari Raya ini terutamanya kepada Polis, Tentera, Kastam, JPJ dan lain-lain.

Kaum ibu adalah yang paling sibuk apabila menjelang hari raya. Saya percaya permandangan kuih-kuih raya tersusun di meja-meja pejabat adalah permandangan biasa apabila tinggal hanya seminggu sebelum hari raya. Kalau nak harapkan kaum bapa rasanya tiadalah kuih raya, baju raya, permaidani raya, langsir raya dan banyak lagi, sebab kaum bapa (biasanya) tidak hirau sangat tentang semua itu, janji dapat makan siang, cukuplah.

Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara dekat mahupun jauh semakin kurang di praktikkan, sebaliknya kita lebih gemar hadir ke rumah-rumah terbuka yang diadakan. Golongan ibubapa perlu memainkan peranan lebih supaya aktiviti 'menjengah' ke rumah saudara mara akan membolehkan anak-anak kita kenal asal-usul dan rantaian keluarga yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim., bukankah itu antara objektif perayaan ini.

Stesen-stesen radio pada masa ini, rancak memutarkan lagu-lagu hari raya samada lagu-lagu evergreen mahupun kontemporari. Bagi saya, secara peribadi lebih sukakan lagu 'lama' yang lebih memberikan 'feel' apabila mendengarnya. Untuk lagu baru, dendangan Dato Siti Nurhaliza memang 'masuk' bagi saya (he..he..)

Dikesempatan ini, pada akhirnya saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca catatan blog ini. Semua kita semua memperoleh kebahagiaan dan berbahagia disamping keluarga dan rakan taulan di Hari Raya ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tiada ulasan: